Sunday, December 27, 2009

10 muharam penuh berkat


salam semua ahli blog keluarga hj sapie,
nampaknya hanya tinggal 3 hari lagi jer 2009 akan meninggalkan kite semua, banyak kenangan sedih, manis, masam, pahit, payau dan berbagai rasa lagi yang telah kite harungi, sama ada sesama kite, rakan2 dan juga keluarga sendiri, tinggalkannya sebagai kenangan yang baik, dan yang buruk kite jadikan sempadan. Walaupun tahun 2009 beransur meninggalkan kite tapi kite jangan lupa baru 10 hari kite menyambut tahun baru islam, semoga dengan kehadiran muharam ini akan dapat mengeratkan lagi silaturahim kite sekeluarga dan sesama islam. Tetiba jadi sebak lak bile teringatkan arwah bapak, biasanya pada hari ni dialah paling sibuk suruh mak buat bubur asyurah......bubur paling sedap penah kitaorang makan,We miss u daddy, Terima kasih mak.........we love u mummy
oklah....disebabkan itu....tarrraaaaaaaaa
mak im dah tepon atuk mintak resepi nak wat bubur asyurah original from paya mengkuang..... sedappppppppppppppppppp....heeeee
SEMOGA KELUARGA KITA AKAN SENTIASA DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT
Perkara-perkara sunat sempena 10 muharam
1. Berpuasa
2. Mandi sunat asyurah, bukan mandi wajib tau heee (18sx)
3. Bercelak mata
4. Sembahyang 4 rakaat (2 salam) fatihah 1 x, Qulhuallahuahad 11 x
5. Belanja anak-anak, adik beradik pun dialukan he...
6. Sapu kepala anak yatim (kite ni pun anak yatim gakkan)
7. Sedekah orang miskin
8. Baca (hasbunaallaahu wa ni' ma'lwakiil, ni' ma'lmaulaa wa ni' ma'n nashiir 70 x) ayat ni kalau nak comfirm cari kat kitab atau rujuk yang lebih arif. Nak tulis arab komputer ni x der softwarenya....

No comments: