kepada semua ahli blog KeluargaHj.Sapie,
Mak Dak mewakili emak dan Pak long ingin mengumumkan bahawa Hari Keluarga ke Cameron Highland akan diadakan seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 30hb.Julai - 01hb. Ogos 2010
Hari : Jumaat malam bertolak -Ahad petang.
Memandangkan bulan puasa dah dekat, maka aktiviti ini tidak boleh ditangguhkan lagi. Harapan emak dan Pak long agar semua ahli blog dapat bersama aktiviti keluarga ini.
Maka dengan ini, mak dak hendak membuat tempahan bilik. Jadi, minta kerjasama ahli blog dapat memberikan jawapan dapat bersama atau pun tidak kepada mak dak sama ada melalui blog atau pun telefon sebelum atau selewat-lewatnya pada hari Khamis ini ( 15hb. Julai). Ini bagi memudahkan mak dak untuk menguruskan penginapan dan makan minum.
Segala tugasan akan diberi kemudian. Harap maklum.
Sekian, terima kasih.
15 comments:
mak im dan anak2 (cik lane x compom lg) termasuk along, compom pergi... hehehe
kepada Mak dan adik beradik semua..Che Lee serta family memohon maaf memang tidak dapat pergi kerana urusan kerja.. Telah di maklumkan terlebih dahulu..setiap hujung bulan dan awal bulan memang tarikh yang penuh dengan kerja-kerja Closing dan opening... Di Seksun dan Di Swan juga sama..Kami kerja kilang di bahagian management dan tanggungjawab pada majikan juga kena di ambil kira.. Tetapi jika di buat pertenganan bulan..Insya-Allah Kami dapat menyertai tetapi mungkin adik beradik yang lain pulak yg tidak dapat bersama.. Oleh itu Che Lee dan family berharap program kali ini diteruskan walau pun kami tidak dapat bersama..sekali lagi memohon maaf kerana tidak dapat bersama buat kali ini..wassalam.
kepada cik lee, kalau tak dapat pergi boleh lah kirimkan anak2 pada kereta2 yang muat supaya mereka tidak rasa ketinggalan. tentang masa harap maaf kerana dah tak de masa lain memandangkan hampir bulan puasa.
alamak mak andak..ujung2 baru bg tau...duit eamon baru melabor habis..tp ibu dan ayah kompom pegi..eamon ngn angah x tau lg..kerana eamon ade funtion time tu..angah plk..tngah sedap tido..esok die bngon ktorang tnye ye..
family mak op on jer...klu xde fmily day mak op mmg nk g cameron ngan kwn2 mak op pada 24-26hb julai ni.memandangkan family kte pun buat lbh baik follow family.
salam mak ndak
ada pembetulan sikit... nampaknya mak im ngan cik lane x dpt menghadirkan diri,
boleh ke anak2 join kalau mak bapak xder... nak wakilkan mak uda ar, sbb kalau x pun sape nak jaga diorg kan... hehehe...
kepada mak im..cuba runding ngan mak uda sbb kete dia kosong rasanya...nape tak jd gi pulak....
ada maklumat terkini
nampaknya mak im satu family x dapat ikut, sbb cik lane x bg nak2 dia ikut org lain.... semoga kalian semua bergembira ye... lain kali kami akan join...
pak ngah sekeluarga pun tak dapat join sama dalam rombongan ke cameran haigland. mohon maaf banyak-banyak. pak ngah mendoakan semua nya berjalan dengan lancar selamat pergi dan selamat balik. amin.
ala...pak ngah ni asyik keje aje...marilah gi jalan2 bersama keluarga...dah lama kita tak gi jalan2 lepas ayahanda tercinta meninggalkan kita...cuba lah masuk cuti. mak dak tunggu sampai ari khamis ni k..
Salam, insyaallah anjang sekeluarga pergi menyahut seruan ke CH. Terima kasih kepada bonda sebab belanja anak-anak, cucu-cucu dan menantu-menantu. i followwwww....
mohon maaf banyak2 kpd emak dan semua ahli keluarga, pak ngah memang tak dapat pergi. insaallah pak ngah akan join di masa akan datang. hanya doa dari pak ngah sekeluarga mengiringgi keberangkatan semua ke cameran haighland.aminnnnnnnnnnnnnnnn.
pak ngah,tak kan kak yayan ngan abg han tak kut ???
yayan tak nak pergi, han pak ngah tak tahu lah dia nak ikut ke tidak. nanti lah pak ngah tanya dengan han.
kalau abg han nak ikut,boleh naik kereta kita...
Post a Comment