Saturday, February 6, 2010

minit mesyuarat entah kali keberapa.... huhuhu....

Tarikh : 30 Januari 2010
Tempat : Nusantara (Rumah Mak Opi)
Masa : 1.30 tengahari
Kehadiran : 1. Pak Long & Isteri (Pengerusi)
2. Mak Uda
3. Mak Ndak
4. Cik Non
5. Cik Lee
6. Anjang
7. Mak Im (belum jadi setiausaha lagi masa ni)
8. Achik
9. Mak Opi

Tidak Hadir : 1. Pak Ngah (Dengan maaf)

Tiada kata-kata aluan
terus ke main point

  1. Perkara berbangkit, Pak long membangkitkan tentang hadiah bagi majlis Hari Jadi setiap ahli blog setiap keluarga. Cadangan ini tercetus setelah majlis BBQ di rumah Mak Im sempena Hari Jadi tempoh hari di mana mak im telah pun menerima hadiah daripada ahli blog bagi team Batu Pahat (BP)
  2. Dalam perbincangan antara Mak Ndak dan Pak Long sebelumnya, ahli blog telah dipecahkan dalam 2 kumpulan Team Batu Pahat (BP) dan Team Johor Bahru (JB). Tujuannya bukanlah untuk memecahbelahkan persepakatan yang telah terjalin tapi strategi bagi mengiratkan lagi tali persaudaraan di mana dengan adanya Team tersebut kite ahli-ahli blog boleh menjalankan aktivti secara berpasukan, sebagaimana contoh adakan pertandingan indoor @ outdoor. Dengan cara ini ahli blog akan dapat berkumpul lebih kerap lagi, memandangkan ahli blog ramai dengan adanya pecahan kumpulan tersebut, apa2 pekara berbangkit dapat diselesaikan dengan segera.
  3. Memandangkan ahli blog mempunyai 10 ahli keluarga, maka setiap blog mestilah terdiri dari 5 keluarga, Team BP terdiri daripada keluarga Pak Long, Mak Ndak, Anjang, Achik. Manakala team JB pula terdiri dari keluarga Pak Ngah, Mak Uda, Cik Lee dan Mak Opi. Bagi Mak Im dan Cik Non, biasalah kami ni mmg sentiasa tertinggal, sorang mmg dah jadi org N9, yang sorang lagi ni plak x penahnya nak diam satu tempat, jadi ahli blog telah memutuskan untuk memilih Mak Im masuk Team BP manakala Cik Non masuk Team JB. Along pula tetap setia ngan team Jb walaupun sekarang ni telah duduk di Tangkak, (eleh mcm terre sgt) he.....
  4. Berbalik kepada pemberian hadiah tadi, ahli blog telah bersetuju untuk memberi RM 20 kepada org dewasa dan RM 10 kepada anak-anak. Tetapi perlu diingatkan hanya mereka-mereka yang membuat majlis sambutan sahaja dibenarkan membuat tuntutan. Sebagai contohnya Mak Im.....
  5. Keputusan telah dipersetujui majoriti 7/9, manakala 2 lagi tidak bersetuju. tapi apakan daya hanya keputusan majoriti sahaja yang diterima, Maaf ye Mak Uda dan Cik Non (X dopet den nak menolongnya)
  6. Mesyuarat tertangguh setelah ahli jemputan Mak Opi tiba... Majlis tahlil dimulakan

Tindakan : Semua Ahli Blog

No comments: