Tarikh : 30 Januari 2010
Tempat : Kg Paya Mengkuang (Umah Mak ler)
Masa : 8.30 mlm
- Pak Long dan Famili
- Mak Uda dan Famili
- Mak Ndak dan Famili
- Cik Non dan Famili
- Cik Lee dan Famili
- Anjang dan Famili
- Achik
- Mak Opi dan Famili
Tidak Hadir
- Pak Ngah dan Famili - dengan maaf
- Mak Im dan Famili - dengan maaf
sama macam siang tadi juga,tiada kata aluan, mmg carca marba punya meeting, tapi kire orait gak sebb ada minit. he....
Perkara yang diperbincangkan.
- Setiausaha telah dilantik, kelakarkan setiausaha dilantik tuk wat minit mesyuarat tapi setiausahanya x der.... nak wat minit macam mana.....hiayz....
- Mak Im dengan paksa rela terpaksa menerima jawatan tersebut, apapun diucapkan ribuan terima kasih kepada ahli blog kerana mempercayai mak im memegang jawatan ini. Kalau ikutkan Mak Im ni org ke3 terpenting dalam ahli blog. Hua........
- Pekara seterusnya adalah sambungan dari meeting di rumah mak opi, mengenai pungutan wang hadiah, Mak long mencadangkan supaya kutipan hadiah tidak perlu dipecahkan mengikut team, sebb nanti walaupun hadiah nya banyak tapi nilainya ciput.... x best arr kan. Dengan persetujuan ahli blog semua, minit mesyuarat tengahari tadi dengan sendirinya terbatal... Setiap ahli blog mesti mengeluarkan RM 33.33 bagi org dewasa dan RM 11.11 bagi anak-anak. Keputusan adalah muktamat.
- Pemberian Hadiah berupa wang @ barangan bergantung pada penerima, dan perlu diingatkan sekali lagi, hanya yang membuat majlis sahaja layak menerima. Hadiah ini juga meliputi Majlis ulang tahun perkahwinan. Emmmm jaga2 14 hb ni annivesary mak im... nak wat ke x ae....mesti mak uda ngan cik non dok berdoa supaya hati mak im ni x terbuka nak wat majlis. he....
- Mak pula mencadangakan ahli blog membuat lawatan ke Cameron Highland yang ditanggung makan dan tempat penginapan tidak termasuk pengangkutan. Ini berikutan wang insuran Arwah bapak yang telah mak terima baru-baru ini. Cadangan ini telah dipersetujui oleh semua ahli blog cuma tarikh dan masa sahaja yang masih belum ditentukan. Pada mulanya cadangan di buat pada tahun baru cina yang akan datang tapi mendapat bantahan dari Mak Opi dan Mak sendiri memandangkan Mak Opi dah sarat mengandung Mak pula sibuk dengan rewang di rumah Mak Lang.
- Cadangan seterusnya lawatan ke Singapura, ikut pakage yang ditawarkan RM 180 sekepala complete semua. Tapi cadangan ini masih lagi dalam pertimbangan.
- Mesyuarat ditangguhkan jam berapa Mak im x tau sbb x der masa tu.
- Sekiranya ada yang tertinggal harap dapat diperbetulkan. Terima kasih
Tindakan : Semua ahli blog
3 comments:
mak im, ada pembetulan..bukannya rm33.33 dan rm11.11. Sebenarnya Rm33.33 tu dah meliputi semua dewasa dan anak-anak. Ni kalau mak uda baca tentu dia marah sbb naik lagi bayaran...demam dia....
Terima kasih Mak Ndak,
Pembetulan, untuk org dewasa kena bayar RM 22.22 sahaja, sekian harap maklum
- Setiausaha Blog -
eh..mase meeting pasal g jenjalan ni mak op mcm xde jer..balik nk kena tanye mak ni.knpe la duit insuran ni blh kuar bln ni plak...lmbt lagi la nk jenjalan ni.xpun kena tinggal.waaaaaa
Post a Comment